Dapur berkunci nie pun bukanya apa..ada masa makcik biorkan jer dapur berabuk..tak tau nape akhir2 nie penyakit M datang bertandang...
Buat biskut utk anak2 buah masa depa datang lepak2 kat umah..fari buat 2 adunan, sekali sapu jer selesai..pasukan berkuda laa katakann...  :P LOL.
fari guna garfu jer bulatkan n tekan sonang cepat dan sedap,ranggup.budak2 suka sangat..tq maklang
CHOCOLATE OATS CRISPS COOKIES
Sumber : Maklang
Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
anak dara sorang nie suka sangat makan donut,acuan ada tapi malas nak terap2 belasah jer guna tgn asalkan ada rupa..fari cuba donut kentang resipi sumbangan kaknor dr FRD memang sedap gebu amat.terima kasih kaknor
DONUT KENTANG
Sumber: Kaknor
2 Biji kentang
2 Biji telur
2 Sudu besar mentega
1 Sudu besar yis basah (fari guna 1 peket yis kering)
1 Sudu besar gula kaster
1/2 Cawan susu pekat
Tepung gandum secukupnya
Sedikit garam
Gula halus
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Rebus kentang hingga empuk dan lumat.Pukul mentega dgn yis basah hingga kembang.
2. Masukkan telur dan gula,pukul lagi
3. Masukkan susu pekat dan kacau
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh uli.
5. Jangan tambah teping terlalu banyak,jika terlalu lembik dan melekat sapukan tepung di tangan sebelum membentuknya.
6.Selepas 10 minit di bentuk,donut boleh di goreng.
BERIANI AYAM
Sumber kakliza
Bahan
1 kg ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak
Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
fari cuba n godek2 alhamdulillah jadi.. :P
tuan besar kata lulus..:horay:
tq maklang sudi kongsi resipi.
ACAR IKAN TENGGIRI
sumber : Maklang
Bahan
2 keping ikan tenggiri – gaul ngan kunyit & garam. Goreng jangan terlalu garing.
2 biji bawang besar – dibelah 4
3 biji cili merah – dibelah 2
1½ cwn air
7 sm minyak goreng ikan tadi
1 sm gula
2 st cuka masak
½ st jintan manis }
½ st jintan putih } disangai & ditumbuk halus
2½ sm ketumbar }
Garam
Bahan Kisar :
10 cili kering
4 biji bwg merah
4 biji bwg putih
Kunyit hidup
Halia
Cara
Satukan bahan kisar dengan ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga sebati. Tumiskan dalam kuali dan goreng agak lama hingga garing.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rempahnya wangi.
fari selalunya kalau nak makan maskkan thai kebanyakkan buat sendiri jer..bukan apa kadang2 kita nak merasa keaslian masakkan tu..selalunya tak pernah dapat makan yg rasanya betul2 asli satu jer kalau nak rasa yg benar2 ada rasa keaslian tu..kena pegi kat restoren ...emm...makna kata poket tuan besar kena tebal.. :-(
resipi nie org thai panggil yam lep mee nang/kerabu kaki ayam..
fari ubah jadi kerabu jari ayam.. ;-)
YAM LEP ME NANG/KERABU JARI AYAM
300 g kaki ayam
2 batang serai (di mayang)
4 @ 5 biji cili api(di mayang)
5 ulas bawang merah (di mayang)
daun ketumbar/cili besar yg merah tu (di mayang)
1 @2biji jus limau nipis
sos nampla,gula kabung @ gula melaka dan garam secukup rasa
SOS
bancuhkan jus limau nipis,gula,sos nampla dan garam secukup rasa(mcm kita buat acar mentah tu..)
CARA-CARA
1.Rebus kaki ayam sehingga betul2 empuk,kira senang nak keluarkan tulang,keluarkan semua tulang2 termasuk jari2 tu,haa.. bab nie kena rajin sikit..kemudian potong 2
2.masukkan semua bahan2 yg telah di mayang tadi tu..
3.Masukkan sos yg telah di bancuh tadi dan gaul sehingga sebati perasakan secukup rasa..mesti ada masam masin n sedikit manis(kalau tak suka manis takyah letak gula pun takpe).
4.last sekali taburkan daun ketumbar dan cili besar utk hiasan.
selamat mencuba... :->
sesetengah ayat tu agak susah nak di olah ke bahasa melayu harap kawan2 yg ingin mencuba resipi nie boleh memahami apa yg fari cuba sampaikan.
PHAD THAI
1 kg kueyteow kering saiz m
4 keping tauhu di dadu kecil (goreng separuh garing)
2 kg taugeh
20 biji telur
1/2 kg kucai
1 1/2 cawan kacang tanah di sangrai(tumbuk kasar)
1/2 cawan cili serbuk thai
3 cawan minyak
1/2 kg lobak asin
fari pandai2 tambah udang,rasa tak best plak kalau takde lauk.. :-D
SOS
1 1/2 cawan air asam jawa
2 cawan gula kabung (kalau takde bleh ganti dgn gula melaka)
2 cawan sos nampla/kicap siam
CARA-CARA
1.Rendam kueyteow dalam air1 jam,akan dapat kueyteow seberat 2 kg
2.Lobak asin dibasuh sejat air n cincang sehingga halus,kacang tanah di tumbuk,taugeh dicuci bersih n dipotong lebih kurang 1 inci
3.Masak gula kabung,sos nampla dan air asam jawa sehingga pekat macam madu.perasakan biar ada manis masin dan masam sama rata.
4.Tumis 1 sudu teh serbuk cili thai,3 sudu besar lobak asin sehingga wangi,masukkan tauhu yg telah di goreng masukkan 2 gengam kueyteow,
agak2 mencukupi dgn bahan yg di tumis tadi dan masukkan sedikit minyak dan 5 biji telur goreng sehingga telur masak sos phad thai agak2 secukup rasa agak2
sebati masukkan taugeh,kucai,kacang tanah kacau sehingga rata.
5.angkat dan hidang bersama taugeh mentah,kucai serta jantung pisang.
sekiranya kawan2 ingin mencuba dgn kuantiti yg sedikit,sila baca no4.
selamat mencuba
janji kena tunai...
Dan kepada misniaa selamat berpantang dan jangan lasak2 tau..selamat bercuti dari..he..he..time nie ler nak buli cheabe tu.. ;-)
ari nie kita letak tiramisu..resipi nie kita ubah suai sikit,dlm kuantiti yg byk elok kalau nak buat makan2,kita guna bekas pyrex..35x23
TIRAMISU FARINATA
750 gm cream cheese mascapone
200 gm gula halus (agak2 kemanisan yg di ingini)
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 peck biskut savoiardi/ladyfingers
serbuk koko/cocoa con zuchero (kalau takde pakai milo pun takpe)
air nescafe pekat(tawar)
ATAU
250 gm cream cheese mascapone
75 gm gula halus
2 biji telur
1 sudu teh rum esen/esen vanila
1 peck biskut savoiardi/ladyfingers(biskut tu agak jer ya)
serbuk koko/cocoa con zuchero (kalau takde pakai milo pun takpe)
air nescafe pekat(tawar)
CARA NAK BUAT CREAM
1. pukul telur bersama gula sehingga sebati.
2. masukkan cream mascapone pukul agak sebati ketepikan
(saya pukul pakai tangan je kacau dgn senduk nasi agak2 gula dah sebati..gula pulak pakai gula biasa)
CARA NAK LAYER.
1. letakkan biskut atas piring,siram air nescafe(tanpa gula) dlm 1 sudu besar.
2. susun dalam bekas satu persatu dan layer dgn mascapone cream lapiskan buat 2 layer.
3. biskut,cream,biskut,cream (cream last sekali)
4. tabur dgn serbuk koko,kalau tak ada guna milo pun takpe(tabur guna tapis teh ayak slow2 atas cream).
masukkan dlm peti ais...
resipi nie tak susah,nak campak semua pun boleh...he.he..kira sesedap rasa lah..ada yg guna FP......memang senanag banget..
resipi nie saya ambik daripada kawan yg tinggal kat sini lebih dari 8 thn
TERIMA KASIH KAKALIDA :flowers:
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA ADIK-ADIK DAN KAWAN-KAWAN YANG DIINGATI SELALU SEHINGGA KITA BERTEMU LAGI DI AKHIR JANUARI INSYAALLAH...
makcik balik beraya kat kampung seronoknyaaaa.....jangan mareee.. :bounce_o:  :wave:
mamaFami :: mama..sonok raya kat kg,kami siap potong lembu lagi.. :P tapi satu jer yg tak syok  kena kecikkan saiz badan..kena :bounce:..
tarikh tu..sebenarnya tarikh kat camera ;-)
emm..dah banyak kali cuba dalam resipi yg kita buat koleksi,tak pernah menjadi so hari tu tawakal jer main taram apa yg ada haa...JADI dengan jayanya dan sehingga sekarang kalau buat bingka kita guna resipi nie jer.
BINGKA UBI FARI
Bahan-bahannya
500 gm ubi kayu + dengan sedikit air untuk diblend
1 biji telur
1 peket santan serbuk
3 sudu besar kelapa kering
3 sudu besar gula
1 sudu teh esen pisang
gula melaka - masak mcm air gula untuk lopis tu.. pekat2 just tuang jer agak2 manis yg kita hendak.
sedikit pewarna kuning - optional
secubit garam - optional
CARA-CARANYA
1. Potong kecil-kecil ubi kayu + air blend,kemudian tuang adunan ubi kedalam penapis santan sejat air ubi.
2. Campurkan adunan yg telah sejat air tadi dgn gula, telur, santan serbuk, kelapa kering dan lain-lain sehingga sebati.
3. Sapu loyang dgn mentega tuangkan adunan bakar dgn suhu 160c selama 50 minit, agak-agak dah masak kat tengah tu,besarkan api oven 180c bakar lagi selama 10 minit kemudian tutup api.
4. Sejukkan, potong dan hidang.
Sumber :Farinata06